Wednesday 28 October 2015

TEMPAT KE-3 KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11 TAHUN DAERAH DUNGUN

Salam sejahtera.

SK Kampung Baru Kuala Abang mendapat tempat ke 3 dalam Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun Peringkat Daerah Dungun 2015. Sejumlah 22 buah sekolah terlibat dalam kejohanan ini yang berlangsung di SK Gong Pasir Dungun.

Tahniah daripada admin dan pihak sekolah. Tahniah juga kepada jurulatih dan peserta yang terlibat.




Tuesday 27 October 2015

KEM BESTARI SOLAT ( SOLAT JENAZAH TAHUN 6 ) MELALUI FROG VLE

Salam Sejahtera.

Pada hari ini ( Rabu - 28 Oktober 2015 ) . Frog VLE Kem Bestari Solat Tahun 6 ( Solat Jenazah ).
Juga foto-foto berkaitan KBS Tahun 1 hingga Tahun 6 SKKB Kuala Abang Siri 2 / 2015



TAMAN STRAWBERY SKKB

Salam Sejahtera

Sedikit gambaran berkenaan Taman Strawberi yang dicetuskan hasil dari Program Pasca UPSR SKKB. Tahniah kepada guru-guru dan murid Tahun 6.



Monday 26 October 2015

FORMAT PEPERIKSAAN UPSR DARI LEMBAGA PEPERIKSAAN ( LP )

Salam Sejahtera

Untuk makluman guru-guru yang terlibat dengan peperiksaan UPSR Tahun 2016, tuan-puan boleh mendapatkan maklumat terperinci dari Lembaga Peperiksaan. Guru boleh KLIK DI SINI untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan. Guru-guru boleh juga klik di bahagian PAUTAN di sebelah kanan blog ini. Semoga ianya memberi manafaat kepada tuan-puan.

Terima kasih dari pihak admin dan pengurusan sekolah.



TAKLIMAT PENGURUSAN MODUL LATIHAN SECARA ONLINE UNTUK GURU-GURU KPM 2015

Salam Sejahtera

Pada hari ini 26 Oktober 2015, admin mewakili Tuan GB dan juga Penyelaras Bestari SKKB Kuala Abang menghadiri Taklimat Pengurusan Modul Latihan Secara Online Untuk Guru-Guru KPM 2015. Program ini adalah kesinambungan yang telah dijalankan oleh KPM dalam tahun 2013.

Guru-guru yang terlibat akan menyelesaikan modul latihan ini bermula 1 Oktober dan berakhir pada 30 November 2015. Tidak semua guru yang terlibat. Guru yang terlibat boleh dapatkan Modul Panduan Pengguna ETLN yang ada di ruangan ini dan url untuk diikuti.

Semoga program ini memberi manafaat untuk kita semua.

Sila klik
MODUL PANDUAN PENGGUNA ETLN ,
MANUAL PENGGUNA MODUL LATIHAN CELIK ICT
dan juga layari WEBSITE program.

MURAL SUMBANGAN JABATAN PARIT DAN SALIRAN DUNGUN

Salam Sejahtera

Perkongsian Cerita..mural sumbangan Jabatan Parit Dan Saliran Dungun ( JPSD ).


TAMAN STRAWBERI - PROGRAM PASCA UPSR 2015

Salam Sejahtera

Taman Strawberi salah satu Program Pasca UPSR SK Kampung Baru Kuala Abang yang melibatkan murid-murid Tahun 6. Program ini bermula mulai minggu lepas lagi dan minggu ini diteruskan lagi program ini.

Hasilnya sekolah ini seolah-olah berada di satu taman yang indah dan sejuk mata memandang. Syabas kepada guru-guru Tahun 6 dan juga AJK yang terlibat termasuk murid-murid Tahun 6. Semoga program seperti ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

Tahniah dan syabas dari pihak sekolah dan jawatankuasa UPSR serta semua warga sekolah.











Saturday 24 October 2015

SAMBUTAN HARI LAHIR GURU DAN MURID BAGI BULAN OKTOBER 2015

Salam Sehati Sejiwa

Pada pagi ini ( Ahad ) 25 Oktober 2015, pihak sekolah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir Bulan Oktober yang melibatkan guru dan murid. Acara dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar, ucapan Penyelaras Program dan Penyampaian Hadiah Hari Lahir kepada guru dan murid. Majlis berakhir dengan acara pemotongan kek.

Sesungguhnya program seperti ini amat bermakna buat guru-guru dan murid-murid SKKB Kuala Abang.













Wednesday 21 October 2015

PRE SCHOOL 2ND BIRTHDAY PARTY 2015

Salam sejahtera

Program Pra Sekolah SK Kampung Baru Kuala Abang.

PARTY IN GARDEN WITH HEROES AND PRINCES

Hari    :   Khamis 22.10.2015
Masa : 10.00 - 12.30 tengahari 
Tempat : Kelas Pra Sekolah
 
Tahniah kepada guru-guru dan murid-murid terlibat.




 

AKTIVITI PASCA UPSR - KECERIAAN SEKOLAH

Salam Sehati Sejiwa

Di sini admin ingin berkongsi cerita dan foto berkaitan aktiviti Pasca UPSR - murid Tahun 6 menceriakan kawasan sekolah pada 21 dan 22 Oktober 2015. Semoga ia memberi manafaat kepada semua warga SKKB Kuala Abang.

Tahniah untuk anda semua...











Tuesday 20 October 2015

PROGRAM MEMBACA LINUS TAHAP 1 DI PANTAI BATU PELANDUK, KUALA ABANG

Assalamualaikum

Pada jam 8.00 hingga 10.00 pagi tadi, Program Membaca Linus Tahap 1 Fasa 3 telah diadakan di Pantai Batu Pelanduk, Kuala Abang, Dungun. Program tersebut diselia dan dijalankan dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah dan guru-guru LINUS SKKB Kuala Abang.

Seramai 27 murid terlibat dalam program ini. Terima kasih kepada guru-guru Linus dan Tuan Guru Besar, Tuan Haji Hanaffee bin Ibrahim serta semua guru di pihak pengurusan yang sama-sama menjayakan program ini.

Sesungguhnya program ini memberi impak yang besar kepada semua murid yang menyertai program ini dari segi membaca. Terima kasih buat anda semua.