Monday 26 October 2015

TAMAN STRAWBERI - PROGRAM PASCA UPSR 2015

Salam Sejahtera

Taman Strawberi salah satu Program Pasca UPSR SK Kampung Baru Kuala Abang yang melibatkan murid-murid Tahun 6. Program ini bermula mulai minggu lepas lagi dan minggu ini diteruskan lagi program ini.

Hasilnya sekolah ini seolah-olah berada di satu taman yang indah dan sejuk mata memandang. Syabas kepada guru-guru Tahun 6 dan juga AJK yang terlibat termasuk murid-murid Tahun 6. Semoga program seperti ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

Tahniah dan syabas dari pihak sekolah dan jawatankuasa UPSR serta semua warga sekolah.











3 comments:

  1. seronoknya ... seperti berada di Tanah Tinggi Cameron aje .. tahniah semua guru dan semua murid thn 6 yg terlibat .

    ReplyDelete