Friday 27 November 2015

Sunday 22 November 2015

BANTUAN PERSEKOLAHAN SESI 2016

Salam sejahtera.

Berdasarkan surat dari JPN Terengganu, ibu bapa boleh memohon Dana Bantuan Persekolahan Bagi Tahun  2016. Cara permohonan melalui atas talian ( online ) yang bermula dari 16 November dan berakhir pada 30 November 2015.

Ibu bapa diminta melayari laman web online ini dengan klik ke website DANA BANTUAN PERSEKOLAHAN SESI 2016.

Segala maklumat dan syarat boleh didapati di website tersebut.

Sekian terima kasih daripada admin dan warga sekolah.....


Saturday 21 November 2015

SAJAK - BEREHATLAH WAHAI GURU

Berehatlah Wahai Guru.

Rungkaikan lelahmu menyemak buku
bersantailah wahai guru
yang kering tekak melaung suara menumpah ilmu
Rehatlah wahai guru
rehatkan kakimu dari lenguh berdiri
mengajar ilmu di buku.

Waktu itu rehat kita terisi
dengan rancangan misi
dan visi tahun yang menanti
waktu itu rehat kita mencari
inti buat mengajar lebih kreatif
waktu itu rehat kita mungkin terisi dengan kursus
yang hadir secara 'emergency'.

Gembiralah para ibu bapa
menjaga anak 24 jam yang ada
perhatikan mereka agar tiada jatuh dan luka
jangan dibiar menatap TV dan komputer
nanti malasnya berlemak bertimpa-timpa
sukarlah guru nak membakar kalorinya
pantaulah disiplin saat bersama-sama
agar tertib olah dan lakunya
isikan masanya
dengan perkara berguna
ibadah dan solat tegaskan sentiasa.

Guru tiada sebulan lebih cuma
awal tahun nanti kami
sambut semula.

Selamat bercuti (jika boleh bercuti) kepada semua rakan guru.



MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHUN 6 ( 2015 )

Hari           : Khamis
Tarikh        : 19 November 2015
Masa         : 9.00 pagi
Tempat      : Kelas 6 Arif









Friday 20 November 2015

KELAS INTENSIF CUTI SEKOLAH 2015

Salam sejahtera

Kelas Insentif Cuti Sekolah 2015 bagi Tahun 4 dan 5 akan diadakan bermula 20 hingga 23 Disember 2015. Diharap murid terlibat hadir ke sekolah mengikut tarikh-tarikh yang dinyatakan. Sila lihat jadual dengan memuatturun JADUAL KELAS INTENSIF.

Semoga murid-murid dapat mengikuti kelas tambahan ini dengan jayanya dan SELAMAT BERCUTI kepada murid-murid SKKB.


Wednesday 18 November 2015

SLIP PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN ( TAHUN 1 - 5 - 2015 )

Salam sejahtera

Untuk makluman ibu bapa, murid-murid SK Kampung Baru Kuala Abang boleh memuatturun slip peperiksaan masing-masing melalui blog ini. Slip tersebut akan dimasukkan ke dalam blog dalam masa yang terdekat kecuali Tahun 6.

Murid-murid diharap bersabar..Sila klik di nama kelas masing-masing untuk mendapatkan slip tersebut.
Sekian, terima kasih..

TAHAP 1

1 ARIF
1 BESTARI
2 ARIF
2 BESTARI
3 ARIF
3 BESTARI

TAHAP 2

4 ARIF
4 BESTARI
5 ARIF
5 BESTARI

ID DAN KATA LALUAN FROG VLE BAGI MURID SKKB 2015

Salam sejahtera.

Untuk memudahkan murid-murid untuk memasuki FROG VLE SKKB Kuala Abang, di sini disertakan senarai ID dan Kata Laluan sebagai rujukan.

Murid-murid dilarang untuk membuka ID orang lain untuk tujuan  keselamatan Frog rakan-rakan anda. Di sini admin dan pihak sekolah ingin memaklumkan murid-murid diberi TUGASAN CUTI TERANCANG melalui FROG. Murid-murid digalakkan membuka Frog masing-masing bagi tujuan pembelajaran. Ini adalah kaedah pembelajaran di alam maya. Sila klik
ID DAN KATA LALUAN dan WEBSITE FROG  untuk meneruskan Frog Vle anda. Selamat bercuti dan selamat menerokai Frog Vle masing-masing.

Semoga maklumat ini berguna untuk anda..terima kasih



KELAS ABAD KE 21 PADA TAHUN 2016

Salam sejahtera buat warga pendidik dan ibu bapa ...

Tahun 2016, bermula langkah pertama untuk SK Kampung Baru membuka kelas yang dinamakan Bilik Darjah atau Kelas Abad ke 21. Kita mengorak langkah ke hadapan berlandaskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.

Semoga warga pendidik tidak jemu-jemu mencurahkan khidmat baktinya mendidik anak-anak di sekolah. Di bawah ini, admin ingin berkongsi gambaran bilik darjah atau Kelas Abad ke 21.

Terima kasih dari admin dan warga sekolah keseluruhannya di atas kecaknaan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak..










Tuesday 17 November 2015

Monday 16 November 2015

PANORAMA DETIK-DETIK KEPUTUSAN UPSR 2015

Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang kurang bernasib baik mencapai keputusan yang cemerlang, teruskan usaha anda di sekolah menengah. Semoga kejayaan yang akan datang akan menjadi milik anda.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Keputusan UPSR 2015.
Syabas dan jumpa lagi...










MAKLUMAT PENTING KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH 2016


2.11.2015 – Taklimat oleh GPK Hem SMK Kompra untuk kemasukan ke SMK Kompra

15-19.11.2015 – Buat Pengesahan Ke SMK Kompra. Bawa surat pengesahan, salinan kp ibubapa, salinan  kp murid dan salinan keputusan UPSR

9.11.2015 – Tarikh tutup MRSM dan SBP

Biasiswa Peneraju Tunas Geliga telah dihantar…21.11.2015 temuduga Hotel Grand Continental Kuala Terengganu jam 2.00 ptg  RM4000.00 ke bawah ( UPSR 4A 1B )
10 orang calon dihantar ke urusetia

Sekolah Asrama1Malaysia
Hantar borang ke SKKB dari 22 hingga 24 November 2015…borang dihantar ke Putrajaya 25.11.2015
Sampai ke meja urusetia 4 Disember 2015

4 di Kuala Lumpur – Lelaki sahaja
1 masing2 di JB, KK, Sarawak – Perempuan sahaja
3A ke atas….pendapatan RM4000.00 ke bawah
( Sila rujuk kepada Borang Asrama 1Malaysia dengan anak-anak tuan puan )

KEMASUKAN KE TING 1 SMA TRG 2016
*Tarikh penting
17 nov. smaonline dibuka.
27 nov. smaonline ditutup.
6 dis. semakan ujian SMA.
9 dis. ujian SMA
13 dis. ujian MADRASAH
16 dis. ujian SMAASZA

..........................
SEMAKAN TAWARAN
SMA..............24 dis
MADRASAH.... 5 jan
SMASZA.... 5 jan

semua maklumat kemasukan pelajar tahun 2016 dlm talian.



2. Permohonan kemasukan ke SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU bagi thn 2016 blh dibuat secara online melalui laman web imtiaz/yayasan trg bermula
i.  17 nov - 24 nov
ii.  Semakan temuduga - 29 nov
iii.  Tarikh n pusat tmdga :
     -1 dis : kmmn
     -2 dis :dungun
     -3 dis : ktrg k.brg k.nerus
    -6 dis : besut setiu
iv. Tawaran kemasukan 20 dis ( online )
v. 10 jan daftar T.1
Utk rujukan n tindakan rakan2.

Tambahan :

SM Kawalan..tunggu surat sahaja samaada sampai ke sekolah atau sampai di rumah.

  1. SMK Intan Zaharah
  2. SMK Mak Lagam
  3. SMK Lembah Bidong
  4. SMK ( A ) Rantau Abang
  5. SBP dan MRSM ( tunggu surat ) semua telah diuruskan oleh pihak sekolah.

Sekian..terima kasih ..
 










PERSIAPAN KEPUTUSAN UPSR 2015

Hari : Selasa
Tarikh : 17 November 2015
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Sekolah
Jemputan : Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid Tahun 6

Semoga apa yang kita cita-citakan akan menjadi kenyataan pada hari ini..Aminnn...


MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PIBG SKKB 2015

HARI : ISNIN
TARIKH : 16 NOVEMBER 2015 
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH
MASA : 8.30 - 12.00 TGH









Saturday 14 November 2015

KEPUTUSAN MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN MENGIKUT KELAS 2015

Salam sejahtera,

Untuk maklumat guru, murid dan ibu bapa penjaga murid-murid SK Kampung Baru Kuala Abang, tuan puan boleh mendapatkan keputusan rasmi markah dan kedudukan murid kelas. Sila pilih kelas yang dikehendaki .

Kedudukan markah murid adalah seperti di bawah :

TAHAP 1

KELAS 1 ARIF
KELAS 1 BESTARI
KELAS 2 ARIF
KELAS 2 BESTARI
KELAS 3 ARIF
KELAS 3 BESTARI

TAHAP 2

KELAS 4 ARIF
KELAS 4 BESTARI
KELAS 5 ARIF
KELAS 5 BESTARI
KELAS 6 ARIF
KELAS 6 BESTARI

Sekian, terima kasih dari admin dan guru-guru SKKB Kuala Abang..




Thursday 12 November 2015

RENUNG-RENUNGKANLAH...SAJAK JIWA GURU.......


PERJUMPAAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH DENGAN IBUBAPA KWAPM E-KASIH 2015

Salam sejahtera

Pada hari ini 12 November 2015, pihak pengurusan sekolah mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa penjaga murid KWAPM Tahun 2 hingga 6 SK Kampung Baru Kuala Abang. Seramai 24 orang murid terlibat dengan penerimaan wang bantuan KWAPM ini.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir.