Thursday 18 February 2016

KEJOHANAN BOLA BALING ZON RANTAU ABANG 2016


Kejohanan Bola Baling Zon Rantau Abang Kategori Lelaki dan Perempuan bawah 12 tahun telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Tanjung Pati, Dungun pada 16 Feb hingga 17 Feb 2016. Pasukan Lelaki dari Sekolah Kebangsaan Kampung Baru telah muncul sebagai Johan dan melayakkan pasukan menyertai Kejohanan yang sama ke Peringkat Daerah Dungun. Ianya akan berlangsung pada 22 Feb hingga 23 Feb 2016 . Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, pengurus pasukan dan guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

        Kami mendoakan kejayaan kepada Pasukan Bola Baling SKKB. Berani bertarung hingga ke peringkat akhir, tidak mudah menyerah dan semangat juang yang tinggi sebagai pendorong kejayaan. Terima Kasih atas segala keringat para pemain. Pulanglah dengan kejayaan...... 











No comments:

Post a Comment