Thursday 18 February 2016

UNIT KOKURIKULUM

PROGRAM KEPIMPINAN UNIT BERUNIFORM SKKB  2016

Unit yang terlibat :
1. Pengakap
2. Puteri Islam
3. Tunas Puteri
4. TKRS - Tunas Kadet Remaja Sekolah

         Program ini telah berjaya membentuk kerjasama sesama unit di samping menambahkan pengalaman, ilmu pengetahuan dan keyakinan diri. Rasional kursus ini adalah untuk melatih dan membekalkan ilmu pengetahuan kepada pemimpin-pemimpin unit Kokurikulum di kalangan murid-murid SKKB yang masih belum cukup berpengalaman.

        Manakala matlamatnya adalah untuk melatih murid-murid membentuk jati diri sebagai pemimpin yang berkarisma dalam setiap unit beruniform dan membentuk pemimpin di kalangan mereka bagi merancang, mengelola dan melaksana setiap program kokurikulum.
            Pemimpin-pemimpin didedahkan kepada tugas dan tanggungjawab jawatankuasa setiap unit kokurikulum, cara pengurusan fail dan dokumentasi kokurikulum serta konsep kertas kerja dan surat menyurat.









No comments:

Post a Comment