Tuesday 26 April 2016

PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK21)


Konsep 4C Dalam Pembelajaran Abad 21 (PAK21)

Pembelajaran Abad 21 atau ringkasnya PAK21 merupakan pendekatan yang semakin ditekankan di Malaysia sejak kebelakangan ini. Apatah lagi dengan keperluan guru untuk bergerak seiring dengan kehendak pelajar masa kini, maka pembelajaran abad 21 wajar diberi perhatian serius bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara. Bagi mengetahui perkara yang perlu diberi perhatian dalam Pembelajaran Abad 21. 

Konsep 4C dalam Pembelajaran Abad 21 (PAK21)
Konsep 4C dalam Pembelajaran Abad 21 (PAK21)

Yang pertama CIKGU kena fahamkan apa yg dimaksudkan dgn pembelajaran PAK21. Pembelajaran Abad 21 bukanlah hanya berteraskan kepada susunatur meja serta penggunaan tools seperti traffic light, reward, parking lot sahaja, sebaliknya lebih besar daripada itu. PAK21 ini sebenarnya mestilah berasaskan kepada konsep 4C. Paling penting proses pembelajaran adalah mesti berpusatkan pelajar. 

C - Creativity
Dalam pdp cikgu mesti masukkan unsur kreatif pada aktiviti, kreatif pada bahan, kreatif pada soalan, dan paling penting mampu menjana pelajar untuk menjadi kreatif terutamanya dari segi berfikir.

C - Critical Thinking
Pdp perlu ada unsur yang menggalakkan pelajar berfikir secara kritis. Ini boleh dilakukan dengan cara teknik penyoalan yang betul. (Rujuk sini : http://www.cikguhailmi.com/2015/05/teknik-penyoalan-kbat.html) 

Penggunaan tools seperti I Think, peta minda, soalan KBAT juga mmpu menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif


C - Collaboration
Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara berkolaborasi dengan rakan2 mereka yang lain. Buat aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi mereka bertukar2 idea dan pandangan. Banyak strategi yg boleh digunapakai seperti Gallery Walk, Think-Pair-Share dan lain-lain (Rujuk sini : http://www.cikguhailmi.com/2016/02/10-contoh-aktiviti-pembelajaran-abad-21.html)

Cikgu juga boleh cari lebih banyak contoh aktiviti yg menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan koperatif.

C - Communication
Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi, iaitu menggunakan apa2 bahan dan juga pendekatan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham daripada pembelajaran. Pembentangan, penggunaan kertas mahjong, powerpoint, gambarajah dll membolehkan pelajar untuk berkongsi pengetahuan mereka dgn rakan2 yg lain.


Semoga perkongsian ini mampu membantu cikgu untuk menjadi guru yang baik!

Teknik Penyoalan KBAT ~ CiKGUHAiLMi

No comments:

Post a Comment