Sunday 10 April 2016

TAHNIAH PUAN MARIAM BINTI DERIS - DARIPADA PK KO-KURIKULUM KE PK HAL EHWAL MURID

Tahniah diucapkan kepada Puan Mariam binti Deris atas pelantikan sebagai PK Hal Ehwal Murid (HEM) mulai 01 April 2016.

Pelantikan ini bagi menggantikan Encik Sabudin bin Mahmud yang telah bertugas di PPD Dungun. 


Selamat menjalankan tugas dalam bidang yang baharu kepada Puan Mariam binti Deris...

Sepintas lalu, antara bidang tugas PK HEM adalah: 

MUKADIMAH

 Guru Penolong Kanan II bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru
Penolong Kanan II bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin kebajikan murid  dan penerapan nilai-nilai murni.

               BIDANG TUGAS

            1.1   Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa, ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1.
            1.2  Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
            1.3  Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal Murid.
            1.4  Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sidang petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sidang petang.
            1.5  Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti Hal Ehwal Murid.
            1.6  Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

               SENARAI TUGAS

            2.1   DISIPLIN
                   2.1.1   Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.
                   2.1.2   Mempastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
                   2.1.3   Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan -peraturan tatatertib
                              dan salahlaku.
                   2.1.4   Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.
                   2.1.5   Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

            2.2   BIMBINGAN DAN KAUNSELING
                   2.2.1   Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
                   2.2.2   Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan menyediakan laporan yang
                              diperlukan.
                   2.2.3   Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid  baru.

            2.3   KESIHATAN DAN KEBAJIKAN MURID
              2.3.1   Menggunakan kemudahan rawatan murid.   
   2.3.2   Memastikan program-program kesihatan menguruskan kad 001.
                   2.3.3   Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin murid.
                   2.3.4   Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.
                   2.3.5   Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Projek Susu dan lain-lain  rancangan bantuan dan
                              kebajikan murid.
                   2.3.6   Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah sentiasa  dilaksanakan.

        2.4   SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

             2.4.1   Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, Pengagihan dan hapuskira.
             2.4.2  Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik  stor.
             2.4.3  Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

               PENTADBIRAN
            3.1   Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftar Murid.
            3.2  Menyemak Buku Kedatangan Harian Murid Sidang Pagi.
            3.3  Mengurus kemasukan dan penempatan murid.
            3.4  Mengurus pertukaran murid.
            3.5  Mengurus surat akaun, sijil-sijil murid, surat-surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil  berhenti sekolah.
            3.6  Menyemak buku / kad Kemajuan Murid dan Jadual Markah.
            3.7  Membantu menyediakan anggaran belajawan sekolah.

               TUGAS-TUGAS LAIN
            5.1  Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh  Guru Besar dari masa ke semasa.

            5.2  Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan Guru Besar dari  masa ke semasa.




No comments:

Post a Comment