Sunday 12 June 2016

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Selamat menjalankan ibadat puasa kepada semua warga SKKB khasnya dan seluruh umat Islam amnya.

Pengertian Puasa: 
Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai "menahan diri". Dari segi istilah syarak puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat".

Berpuasa adalah wajib bagi semua orang Islam.

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."


Berpuasa di Bulan Ramadhan:
  • Bau mulut orang berpuasa itu harum di sisi Allah.
  • Tidur juga dikira ibadah
  • Terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang menunjukkan sifat sebenar diri seseorang kerana syaitan yang direjam tidak dapat memainkan peranan seperti bulan-bulan lain.  
  • Jika kita malas di bulan Ramadhan beerti asalnya memang kita adalah seorang yang pemalas.
  • Jika kira selalu mempersendakan seseorang atau suka memperkatakan tentang keburukan seseorang, maka kita memang seorang kaki gosip.
  • Jika enggan bersedekah, liat mengeluarkan sumbangan, maka asalnya memang kita seorang yang kedekut.

Sepanjang bulan Ramadhan yang penuh berkat, marilah kita tetapkan target kebaikan yang akan kita lakukan di bulan ini. Semoga ianya akan berterusan di bulan-bulan seterusnya.
  • Khatam Al-Quran
  • Faham maksudnya
  • Terawih, Solat Hajat
  • Berusaha mencari Lailatul Qadar
  • Menulis buku atau artikel baru.

Target mestilah lebih spesifik, jangan terlalu umum kerana dikhuatiri tiada hasil.


Selamat beribadat dengan penuh ikhlas.


Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik untuk kita semua.

Rohani Deraman..
SK Kg Baru Kuala Abang..

No comments:

Post a Comment