Saturday 30 July 2016

KEM MATEMATIK UPSR 2016

Perjumpaan Murid Tahun 6 bersama Pegawai PPD iaitu En. Pauzai bin Che Man 

SISC+ MATEMATIK (RENDAH)


Bermula jam 8.30 - 10.30 di dalam Bilik Darjah Tahun 6.

Perjumpaan diadakan bagi memberikan pendedahan kepada murid tahun 6 tentang UPSR sekaligus mengadakan KEM MATEMATIK.

Kem ini diadakan bagi mengetahui kaedah dan teknik menjawab soalan dengan betul, pendedahan format soalan dan cara menyelesaikan masalah pengiraan matematik bagi soalan-soalan yang sukar.

Kem ini sedikit sebanyak telah memberikan penekanan kepada murid tentang persediaan menghadapi peperiksaan UPSR sebenar.

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Pegawai PPD EN Pauzai bin Che Man kerana sudi meluangkan masa bersama murid SKKB.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan input berguna kepada kami semua. 
Insha Allah.








PEMBACA TERBANYAK SUKU TAHUN PERTAMA 2016

TAHNIAH!!!

SITI SYAKIRAH AYUNI BINTI ZAMRI
3 ARIF

Telah dianugerahkan Pembaca Buku Terbanyak bagi suku tahun pertama 2016.

Semoga ketekunan dan kegigihan dalam membaca pelbagai buku berterusan selamanya dan menjadi ikutan kepada murid lain.

Membaca adalah jambatan ilmu, boleh menambahkan pengetahuan dan membuka pelbagai cabang ilmu. 






Penyelaras NILAM 

TAHNIAH 6A DALAM PERCUBAAN UPSR 2016

Tahniah!!!

WARDAH FAQIHAH BINTI MOHD SAUFI
Kelas 6 Arif

Mendapat 6A dalam Peperiksaan Percubaan UPSR 2016

Semoga terus cemerlang dalam UPSR nanti dan menjadi suntikan semangat kepada kawan-kawan yang lain untuk sama-sama mengejar kejayaan demi kejayaan.

Insha Allah.






En. Saifulizan bin Ghani
Penyelaras UPSR

KOLEKSI SOALAN UPSR 2016

MODUL UPSR 2016

MODUL UPSR 2016

WANG 
TOSDAN MATEMATIK UPSR 2016

PENGURUSAN DATA
TOSDAN MATEMATIK UPSR 2016

PENGURUSAN DATA
TOSDAN MATEMATIK UPSR 2016

KEBOLEHJADIAN
TOSDAN MATEMATIK UPSR 2016

KEBOLEHJADIAN
TOSDAN MATEMATIK UPSR 2016

BAHAGIAN C
TOSDAN BAHASA MELAYU UPSR 2016

BAHAGIAN B
TOSDAN BAHASA MELAYU UPSR 2016

SECTION A
TOSDAN BAHASA INGGERIS UPSR 2016


Anda mungkin berminat:

BANK SOALAN UPSR 2016

Selamat Ulang Kaji kepada semua murid tahun 6 2016.



Thursday 28 July 2016

BACAAN YASIN MURID TAHUN 6 BERSAMA TUAN GURU BESAR

Rutin mingguan kami di SKKB adalah Bacaan Yasin setiap Khamis bermula 7.30 hingga 8.00 pagi bersama semua murid dan semua kakitangan sekolah termasuk para guru, kerani sekolah dan pekerja swasta.  

Biasanya di adakan di tapak perhimpunan atau di surau sekolah atau di dalam kelas bergantung kepada keadaan.
  
 Bacaan Yasin hari ini adalah di Kelas Tahun 6 bagi murid-murid tahun 6 bersama Tuan Guru Besar iaitu Tn Hj Hanaffee bin Ibrahim bagi menyempurnakan Bacaan Yasin serta Program Motivasi untuk menaikkan semangat sebelum menjelang hari Peperiksaan UPSR.

Semoga kalian semua sentiasa bersedia dan bersemangat menghadapi hari peperiksaan.

Kejayaan adalah hasil usaha yang berterusan.






PROGRAM 40 HARI MENJELANG UPSR 2016..



Bermulanya Program 40 Hari Menjelang UPSR 2016, debaran semakin hangat terasa bukan sahaja kepada murid-murid dan para guru malah para ibubapa juga tidak terkecuali turut merasa kehangatannya.

Kami dari Pihak Pengurusan Sekolah dan barisan guru SKKB ingin menyeru kepada semua ibubapa supaya dapat memberikan kerjasama yang baik dalam menguruskan masa anak-anak, kesihatan diri dan pengurusan kendiri anak-anak supaya mereka sentiasa terjaga. 

Penglibatan anak-anak dalam Kelas Tambahan perlu diberi penekanan supaya mereka mahir dalam menjawab soalan dengan teknik yang betul dengan bimbingan guru.

Ibubapa juga disarankan agar memantau segala aktiviti anak-anak semasa berada di rumah dengan memperbanyakkan aktiviti pembelajaran, seimbangkan dengan aktiviti riadah, pengurusan emosi yang baik dan mengamalkan pemakanan yang sihat. Aktiviti keagaman juga tidak dilupakan. Doa ibubapa juga sangat mujarat untuk membuahkan kejayaan kepada anak-anak.


Jangan berusaha atau mengerjakan sesuatu dengan setengah hati, kerana hasil yang akan kamu dapatkan pun akan menjadi setengah sahaja.”

"Lebih baik belajar sedikit demi sedikit tapi rutin."

Untuk melihat maklumat terperinci mengenai Program 40  Hari Menjelang UPSR 2016 Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kuala Abang, boleh ke LINK di bawah:





Dokumen penting untuk dikongsikan bersama guru-guru tahun 6.


Mesyuarat UPSR Kali ke 4/2016


Encik Saifulizan bin Ghani
Penyelaras UPSR 2016
Menerangkan kepada semua guru tahun 6 tentang Program 40 Hari Menjelang UPSR 2016.


Tn Hj Mahzun Ismail
PK Pentadbiran SKKB 
Mempengerusikan Mesyuarat Penting UPSR 


Pn Hamidah Chik, Pn Faridah Taha dan Hjh Noor Azanlina Abdullah.
Guru Tahun 6 yang berdedikasi dan semangat tinggi demi mencapai Kejayaan UPSR.

Wednesday 27 July 2016

MAJLIS KESYUKURAN DAN SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN JUN DAN JULAI GURU SKKB





KURSUS ITHINK DALAM TALIAN (KiDT 2016) BAGI GURU SKKB 2016

Tahniah kepada Penyelaras Ithink  kerana telah menyempurnakan KiDT guru-guru SKKB bagi tahun 2016.

Semangat yang tinggi dalam diri guru-guru SKKB telah membuktikan guru SKKB mampu berusaha dengan penuh iltiam untuk menyiapkan KiDT dengan jayanya walaupun banyak rintangan sepanjang menyiapkannya.

Syabas Guru2 SKKB.






Penyelaras iTHiNK 
Pn Rohani Deraman



TAKLIMAT NV TV PSS SKKB



 



 GURU MEDIA
HJH NOOR AZANLINA BINTI ABDULLAH


Memberikan taklimat tentang pelaksanaan NV TV PSS





TAHNIAH PASUKAN SCRABBLE SKKB

 Nur Amirah Husna 
6 Arif