Sunday 17 July 2016

MAJLIS TEMU MURNI IBUBAPA MURID UPSR 2016

Syabas Tuan Guru Besar, Penyelaras UPSR serta guru-guru Tahun 6 yang telah bertungkus lumus mengerah tenaga, menyumbang usaha dan berkorban masa demi menggapai kejayaan setiap murid terutama murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini.

Peperiksaan Percubaan UPSR telah berlangsung bermula pada hari ini iaitu 18-20 Julai 2016. Usaha yang berganda dengan pelbagai program telah dilaksanakan bagi mencapai sasaran, target dan mencipta sejarah kegemilangan kepada semua murid UPSR.

Usaha para guru, kerjasama ibubapa dan ketekunan murid-murid pasti akan membuahkan hasil yang gemilang. Tawakkal dan Doa kepada Tuhan tidak pernah terhenti, pasti kejayaan menjadi pasti. 
Insha Allah.

Kejayaan Dalam Genggaman.












No comments:

Post a Comment