Monday 1 August 2016

KELAS FAJAR MENYINGSING 2016

Bermulanya Kelas Menyingsing pada 1 Ogos 2016,  semua murid tahun 6 menyertainya melibatkan semua guru SKKB mengikut Mata Pelajaran.

Murid dibahagiakan kepada kumpulan tertentu yang dibimbing oleh seorang guru bagi setiap kumpulan. Kumpulan murid pula terdiri daripada 6-10 orang bagi satu kumpulan.

Manakala tempat bimbingan pula di agihkan kepada bilangan Kumpulan guru bagi setiap hari. Bilik-bilik terlibat adalah Kelas 6 Arif, 6 Bestari, Bilik Pemulihan, Makmal Komputer dan bilik darjah yang dirasakan sesuai mengikut keperluan.
  
Kelas Bimbingan Fajar Menyingsing ini bermula pada jam 7.20 pagi - 7.45 pagi.

Semoga usaha yang berterusan ini dapat membuahkan hasil. Insha Allah.

Kejayaan akan datang seandainya ada Usaha yang bersungguh-sungguh.

Ya Allah, Ya Tuhan kami....
Kurniakanlah kejayaan cemerlang dalam UPSR kepada murid tahun 6 2016, SK Kg Baru Kuala Abang..
Bantu dan berkatilah Kami Ya Allah... Amin 














No comments:

Post a Comment