Wednesday 24 August 2016

SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN BULAN OGOS MURID DAN GURU SKKB

 Ya Allah
 sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah .. 
sempena ulangtahun kelahiran sahabatku ini, 
Kau Panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun2 sudah. Kurniakanlah kepadanya rezeki yang murah, banyak, berkat dan direstuimu Ya Allah. 
Jauhkanlah sahabatku ini dari belenggu kesusahan, kemiskinan dan kebuluran darinya dan keluarga. 

Ya Allah Ya Tuhanku...Bukakanlah kepadanya pintu kebajikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat. Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah ... jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarga. 

Ya Allah...tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itumudah.Permudahkanlah kehidupannya dan keluarganya.Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat.Jauhkanlah dia dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah dia dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah dia dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya. 

Ya Allah hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikan lah ia bila sampai masanya dalam keimanan. Ya Allah Kau berikanlah padanya kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu, Perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama, dunia dan akhirat. Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu. 

Ya Allah hambaMu ini juga memohon agar Engkau sinari dirinya dengan cahaya Nur Mu dalam hatinya, telinganya, matanya, kiri kanannya, mukanya, belakangnya, atas dan bawahnya, urat sarafnya, dan pada darahnya, serta dagingnya, rambutnya dan lidahnya..kaki tangannya dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiranNya dengan rahmatMu 
Ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Ya Allah, Ampunilah segala dosa2 nya dan kedua ibubapanya serta keluarganya dan semua teman2 nya dan muslimin muslimat...kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa. 

Ya Allah jadikan dia juga seorang mukminah yang solehah kepada semua yang berkaitan dengannya. 

Ya Allah..
hambaMu ini mengakhiri permintaan ku ini..dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keindahan kepada sahabatku ini di dunia dan akhirat. Kau Jadikan dia hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu. Ampunilah segala dosanya sedar atau tidak. Jadikanlah dia sebaik2 wanita iaitu wanita yang solehah seindah hiasan di dunia ni. 
Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman , Amin Ya Rahim, 
    Amin Ya Rabbal 'Alamin. 





















AKTIVITI PEMULIHAN DI TAMAN ITHINK

Menikmati keindahan taman sambil menghirup udara segar di persekitaran Taman Ithink SKKB, murid-murid pemulihan bersama guru mereka iaitu Pn Mazurani.

Biasa Pembelajaran berlangsung di bilik Pemulihan, tetapi sesekali ubah kebiasaan dengan belajar di luar bilik darjah untuk membahkan keseronokan kepada murid-murid. 

Semoga semua pembaharuan yang ada di SKKB dapat meningkatkan prestasi pembelajaran murid-murid.

Bersama menjayakan Tranformasi Pendidikan.






SEKITAR PROSES PEMASANGAN PAYONG SEMPENA BULAN KEBANGSAAN


Terima Kasih kepada semua yang terlibat
Pengurus Besar @ Guru Besar Tn Hj Hanaffee Ibrahim
Pengurus Projek Pn Rohani Deraman
Barisan Pengurusan SKKB
Semua Guru sehati sejiwA
Kakitangan Pejabat En Sallehuddin 
Pengawal2 Keselamatan
Pekerja2 Kebersihan serta
Semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.. 
Jasa kalian untuk ukhuwah kita semua. 

Salam Bulan Kebangsaan Ogos 2016
#SehatiSejiwa

Sekolahku Ceria
Murid2 bahagia
Hari Kebangsaan bakal tiba
Sama2 kita merasa

#SyukurItuIndah
#IndahnyaTakdir

Warna warni menambahkan ceria
Semoga murid-murid lebih seronok berada di sekolah
Sekurang-kurangnya dapat membantu menaikkan peratus kehadiran bulanan.














Thursday 18 August 2016

REHAT MINDA DI HARI KOKURIKULUM BERSAMA STEAMBOAT

Aktiviti Memasak Unit Beruniform merupakan aktiviti wajib tahunan pasukan semua badan beruniform SKKB yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform termasuk Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Tunas Pandu Puteri dan Puteri Islam.

SASARAN
Setiap Unit perlu mewajibkan kesemua ahli sejumlah 30 orang ahli unit beruniform.
           1      Pengakap         -           30 Peserta
2      TKRS               -           30 Peserta
3      Pandu Puteri     -           30 Peserta
  4      Puteri Islam       -           30 Peserta
          Jumlah           -           150 Peserta