Wednesday 25 January 2017

MINIT MESYUARAT PBS KALI 1 BAGI TAHUN 2017



                                                                             

MESYUARAT PBS KALI 1/2017


Tarikh              :           23.1.2017
Hari                 :           Selasa
Masa                :           1.30 Petang
Tempat            :           Bilik Mesyuarat SKKB

Kehadiran       :   
1.      Tn Hj Mahzun bin Ismail                    -           PK 1
2.      Pn Mezlan@Mariam binti Deris         -           PK HEM
3.      Pn Anida Binti Mahmud        
4.      Pn Athibbah Binti Razali
5.      Pn Azlina binti Sikholandai
6.      En. Bahaman bin Mohamed Noor
7.      Pn Faridah binti Taha
8.      Pn Hamidah Binti Chik
9.      Pn Maizura binti Othman
10.  Pn Mithali binti Jumiry
11.  En Mohd Nor bin Embong
12.  En Mohd Zainuddin bin Abdullah
13.  Cik Hjh Noor Azanlina binti Abdullah
14.  Pn Rislah binti Ramli
15.  Hjh Sadiah binti Harmi
16.  Pn Wan Ainie Zawiyanani binti Wan Zawawi
17.  En Muhammad Zaharawadi bin Ibrahim
18.  Pn Norhaizi binti Ismail
19.  Pn Zalina binti Ismail
20.  Pn Zubaidah binti Ramli
21.  En Muhammad Fadzil bin Hassin


Tidak Hadir : -
1.      En Suhaimi Mat Hassan
2.      En Saifulizan Ghani
3.      Pn Rohani Deraman   
4.      Pn Rahani Hashim
             
Agenda mesyuarat adaah seperti berikut:

1.                Ucapan Pengerusi
2.                Pengesahan Minit Mesyuarat lepas
3.                Perkara berbangkit
4.                Mentapkan hala tuju dan matlamat (perancangan aktiviti)
5.                Penyelarasan
6.                Pemantauan
7.                Pengesanan
8.                Hal-Hal lain




1.0  Ucapan Pengerusi

1.1              Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab, Al-fatihah.

1.2              Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat  Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kali ke 1 pada tahun 2017.

1.3              Setiausaha PBS bersama beberapa orang guru tidak dapat hadir mesyuarat kerana terlibat dalam penghantaran murid ke Kejohanan Bola Tampar peringkat Zon Rantau Abang yang berlangsung di SK Pusat, Dungun.

1.4              Memaklumkan PBS adalah murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu. Ini bertujuan untuk membolehkan semua pihak yang berkepentingan mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik mereka sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembinaan negara bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.


2.0  Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu

2.1       En. Mohd Zainuddin bin Abdullah mengesahkan minit mesyuarat lepas tanpa ada pindaan.


3.0       Laporan PBS awal tahun 2017

3.1       Pentaksiran Sekolah mempunyai ciri-ciri berikut:
3.1.1    PBS dilaksanakan secara:
a. Holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid.
b. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P.
c. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.
d. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.
            3.1.2    Pentaksiran :
a.Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P.
b.Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun.

3.2       Jenis-Jenis Instrumen
3.2.1    Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran yang digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah :

a. Pemerhatian
Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan.
b. Soal Jawab
c. Pensil dan kertas / Ujian Bertulis - Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif
d. Persembahan Instrumen yang bersifat lebih fleksibel melibatkan tugasan menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dan amali.
e. Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang ditentukan melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Instrumen ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Pelaksanaan instrumen ini membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan.
f. Produk Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan tugasan yang diberikan.
g. Amali Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori.
h. Lembaran Kerja. Tugasan bertulis/Karya Penulisan Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan laporan/dokumen/karya kreativiti dalam bentuk penulisan

3.2  Pengoperasian PBS:

3.2.1 Pementoran: Pementoran merupakan satu proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS  mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan.

3.2.2 Penyelarasan: Penyelarasan merupakan satu proses memastikan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru mempunyai kesahan, kebolehpercayaan supaya keputusan pentaksiran adalah adil dan maklumbalas boleh digunakan untuk penambahbaikan.

3.2.3 Pemantauan: Pemantauan merupakan satu proses memastikan kaedah pelaksanaan PBS mengikut prosedur atau garis panduan yang ditetapkan. mempunyai kesahihan dan amanah bagi mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran.

3.2.4 Pengesanan: Pengesanan merupakan satu proses untuk memastikan kekuatan dan keberkesanan PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan penambahbaikan.

3.2       Semua penilaian dalam pentaksiran berkenaan perlu  direkodkan dalam bentuk eviden dan adalah amat penting bagi guru memastikan bahawa setiap maklumat berkaitan dengan markah pelajar hendaklah disemak. Ibu bapa yang prihatin sentiasa memantau perkembangan anak-anak mereka.

3.3       Eviden/bukti atau hasil kerja boleh dimasukkan ke dalam fail perkembangan murid untuk rujukan pertaksiran dan rekod.

3.4       Jawatankuasa pentaksiran bagi tahun 2016 dan terdapat beberapa perubahan berbanding tahun sebelumnya. Surat lantikan PBS bagi guru yang terlibat telah dikeluarkan dan di agihkan.

3.5       Setiap penilaian dan pentaksiran yang dijalankan adalah di bawah tanggungjawab  guru-guru.


4.0  PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum

4.1       Data Murid dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) mesti tepat dan sahih, untuk kegunaan PAJSK-SPS-APDM.

4.2       Laman PAJSK
           http://pajsk.moe.gov.my

4.3       Elemen Pentaksiran
3.3.1 SEGAK dan BMI  dilaksanakan pada Mac dan Ogos bahi murid Tahap 2 sahaja iaitu (tahun 4,5 dan 6). Ianya dilaksanakan oleh guru yang mengajar PJ dan di isi dalam online oleh guru Kelas.

3.3.2 PAJSK
1.      Kelab Persatuan - 110 markah
2.      Sukan Permainan -110 markah
3.      Unit beruniform – 110 markah

3.3.3 Ekstra Kokurikulum ( sukarela, aktiviti luar sekolah, negeri dan kebangsan)

5.4 SIJIL yang akan dikeluarkan oleh guru pada akhir tahun.
1.      PAJSK
2.      SEGAK

 3.2  Pengoperasian PBS:

3.2.1 Pementoran: Pementoran merupakan satu proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS  mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan.

3.2.2 Penyelarasan: Penyelarasan merupakan satu proses memastikan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru mempunyai kesahan, kebolehpercayaan supaya keputusan pentaksiran adalah adil dan maklumbalas boleh digunakan untuk penambahbaikan.

3.2.3 Pemantauan: Pemantauan merupakan satu proses memastikan kaedah pelaksanaan PBS mengikut prosedur atau garis panduan yang ditetapkan. mempunyai kesahihan dan amanah bagi mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran.
3.2.4 Pengesanan: Pengesanan merupakan satu proses untuk memastikan kekuatan dan keberkesanan PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan penambahbaikan.

HAL-HAL LAIN

En Zainuddin bin Abdullah menekankan Kelas Tambahan iaitu bajet untuk penyediaan modul atau bahan-bahan untuk, jadi mengharapkan agar dibekalkan buku kepada murid-murid.

En Mohd Nor memohon pencerahan samada LISAN Bahasa Melayu masih perlu diteruskan atau sebaliknya.

En Muhammad Zaharawadi menanyakan tentang Laporan setiap program yang diadakan perlu ada post mortem daripada murid dan guru-guru.

En Suri Sham memberikan cadangan kekurangan atau penambahbaikan dalam sesuatu program yang dijalankan. Borang Post Mortem perlu ada sebagai bukti. Ustaz Muhammad Zaharawadi perlu menyediakan boring tersebut.

Cik Hjh Azanlina bertanya tentang e TREMS bahawa tiada Pihak Pengurusan yang menyelia beliau.

Pn Mariam Deris memaklumkan :
a)Program Jom Ke Sekolah kerjasana dengan PDRM akan di adakan bagi peringkat sekolah pada 5.2.2017.
b) Perlu adakan peti aduan murid yang perlu diadakan pada waktu perhimpunan.

Tn Hj Mahzun B Ismail memohon supaya guru-guru menyemak jadual penyeliaan masing-masing dan mengucapkan terima kasih dan menutup mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan jam 2.30 petang.


Disediakan Oleh:

_______________
(ROHANI BINTI DERAMAN)
Setiausaha PBS
SK Kampung Baru Kuala Abang
23050 Dungun, Terengganu.




No comments:

Post a Comment