Sunday 19 March 2017

Instrumen Bimbingan dan Pemantauan Pembelajaran Abad 21


RUBRIK INSTRUMEN BIMBINGAN DAN PEMANTAUAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21






Berikut adalah beberapa kriteria untuk mendapat skor 4:

Guru mempamerkan objektif pembelajaran dan memaklumkannya kepada murid secara lisan semasa permulaan p&p. Murid dapat memberi respons dengan tepat terhadap arahan/soalan guru, memberi pandangan atau idea yang sesuai dan berkaitan tajuk pelajaran, berupaya melakukan tugasan secara akses kendiri, tearah kendiri atau kadar kendiri serta keseluruhan murid mencapai objektif pembelajaran.


Keseluruhan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan / memberi respons terhadap soalan guru / membuat catatan / membuat gerakan fizikal atau arahan lain guru. Keseluruhan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan bahan. Keseluruhan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu pembelajaran.


Keseluruhan murid boleh memberikan respon secara lisan terhadap tugasan yang diberikan sama ada dalam bentuk pembentangan atau perkongsian atau mana-mana cara yang lain.


Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang disediakan berdasarkan RPT. Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif pelajaran yang bersesuaian dengan aras pemikiran murid. Objektif pembelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai dengan aras keupayaan murid. Refleksi yang dicatatkan adalah seiring dengan objektif pembelajaran


Terdapat banyak lagi kriteria yang diperlukan, ntuk kreteria lengkap boleh MUAT TURUN di bawah.





Instrumen Bimbingan dan Pemantauan Pembelajaran Abad 21

http://www.pendidik2u.my/2017/03/instrumen-bimbingan-dan-pemantauan.html

No comments:

Post a Comment