Wednesday 23 August 2017

TAHNIAH! PENGGUNA TERTINGGI FROG VLE

Penggunaan VLE semakin meningkat

Tahniah kepada semua murid Sk Kampung Baru Kuala Abang yang telah berusaha keras untuk memahirkan diri dalam bidang ICT termasuk penggunaan VLE.

VLE sangat diminati dari hari ke hari kerana ianya menambahkan keseronokan dalam pembelajaran disamping menggalakkan pembelajaran kendiri.

Murid dapat melayari pelbagai bidang ilmu secara meluas dengan menggunakan VLE dalam pembelajaran. Penggunaan widget yang pelbagai membolehkan murid-murid dapat mencetuskan banyak idea berkaitan mata pelajaran yang dipelajari.

Hari ini, 5 orang murid terpilih telah di anugerahkan sebagai Pengguna VLE Tertinggi berdasarkan rekod penggunaan bagi BUlan Februari sehingga Julai 2017.

Mereka adalah:

Siti Syakirah Ayuni binti Zamri
Muhammad Ridhuan bin Mohd Nasir
Ahmad Danish Aslam bin Ahmad Khuldi
Muhammad Zikry Haikal bin Zamri
Abdul Muhaimin bin Mohd Bukhari

Tahniah! 
Anda layak di anugerahkan sebagai
Frog Champion SKKB 2017









No comments:

Post a Comment