Wednesday 24 January 2018

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS DUNGUN 2018

 Kejohanan Merentas Desa MSS Dungun 2018, telah berlangsung dengan jayanya di BALORA, AMBS Dungun pada hari ini iaitu 25 Januari 2018 yang bermula jam 8.00 pagi.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Abdul Muie bin Ngah, Pegawai Pendidikan Daerah Dungun di mana ianya turut dihadiri oleh semua  Pengetua dan Guru Besar bagi Daerah Dungun termasuk Bonda Arzoraini Binti Zahari, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kuala Abang.

Seramai 12 peserta daripada Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kuala Abang yang terlibat dalam kejohanan ini. Encik Suhaimi Mat Hassan, PK Kokurikulum bersama-sama 2 orang lagi guru pengiring iaitu Encik Suri Sham bin Mamat dan Puan Athibbah Razali turut hadir bersama di kejohanan tersebut bagi urusan menghantar, mengambil, mengurus serta menjaga kebajikan para peserta daripada Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kuala Abang. 

Tahniah di ucapkan kepada semua guru yang terlibat serta para peserta yang mewakili sekolah di kejohanan ini kerana telah menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk berjaya. 

Antara nama peserta lelaki yang terlibat adalah Haziq, Danish Aslam Syahid, Faris Haikal, Syazwan dan Ariff. Manakala peserta perempuan adalah Adlina, Erisya, Fasha, Nurul Aima, Iffa dan Akma. 


Tahniah dan Syabas kepada semua. Anda adalah sangat HEBAT!!!


















Tuesday 16 January 2018

PEMBUDAYAAN VLE 2018

Tahniah kepada Bonda Arzoraini Binti Zahari, Guru Besar Sk Kampung Baru Kuala Abang, Dungun kerana telah berjaya membawa watak Pembudayaan VLE di kalangan warga SK Kampung Baru Kuala Abang sejak tahun 2017.

Ianya telah menjadi satu budaya kami  dalam melaksanakan PDPC menggunakan VLE setiap hari selama 5 hari seminggu bagi tahun 2018 dan akan diteruskan tahun-tahun akan datang.

Murid-murid telah mahir menggunakan chrome book dan mengendalikan VLE secara kendiri, di mana telah menjadi kebiasaan mereka menggunakannya secara individu dan berkumpulan walaupun tanpa pengawsan guru. Namun demikian, guru-guru sangat mementingkan guru ada bersama sebagai pemudahcara dalam menghasilkan objektif PDPC tercapai.

Semoga usaha mahir ICT ini akan terus kekal bagi semua warga SK Kampung Baru Kuala Abang. Kecemerlangan perlu dikekalkan.


 YBHG, DATO HAJI DIN BIN ADAM
D.P.M.T., P.J.K
Pegawai Pembangunan Dungun

Di iringi 
Tuan HJ Abdul Muie Bin Ngah
Pegawai Pendidikan Daerah Dungun

Berbesar hati menyampaikan Sijil kepada Bonda Arzoraini Zahari atas kecemerlangan dalam VLE tahun 2017.


 Pembudayaan VLE bagi Bulan Februari hingga November 2017








Monday 15 January 2018

LAWATAN TUAN PEGAWAI PPD DUNGUN KE SK KAMPUNG BARU KUALA ABANG

Tuan Hj Abdul Muie Bin Ngah
Pegawai Pendidikan Daerah Dungun 

Bersama kami di SK Kampung Baru Kuala Abang pada Isnin 15 Januari 2018 se awal jam 7.45 pagi.

Bonda Arzoraini Zahari Guru Besar SK Kampung Baru Kuala Abang, berbesar hati menerima kunjungan beliau.

Beliau berkesempatan meninjau perjalanan Program GILAP PERMATA di bawah Unit Pemulihan Khas SKKB. Dapatan daripada program tersebut, beliau sangat berpuas hati dan ianya perlu di teruskan di semua sekolah dalam Daerah Dungun di masa akan datang. 

Keberkesanan program ini banyak membantu memulihkan murid Pemulihan Khas atau LINUS kerana di awal pagi murid lebih segar dan bersedia untuk di tunjuk ajar secara individu. 1 Guru 1 Murid LINUS.

Alhamdulillah, pendekatan ini akan kami terus jalankan bagi melahirkan sekolah SIFAR LINUS.
Insha Allah.



































Sunday 14 January 2018

INDAHNYA TAKDIR APABILA SYUKUR SEGALA NIKMAT

Alhamdulillah...

Syukur pada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan sepanjang tahun 2017.

Nikmat Allah tidak pernah terputus, syukur padaNya juga jangan pernah hilang.

Janji Allah itu pasti.


AKSES KENDIRI BERSAMA VLE FROG

 Murid tahun 4 Arif menggunakan Chrome Book untuk melaksanakan tugasan minggu ini.

Mereka menggunakan Google Slide bagi menyiapkan tajuk yang pertama Mata Pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 4.

Perbincangan sesama mereka mewujudkan suaasana pembelajaran aktif  di mana mereka juga diberi kebebasan menggunakan kreativiti sendiri dalam memasukkkan gambar, idea dan animasi.

Pembelajaran Abad Ke 21 bersama Teacher Rohani Deraman.